top of page

PENYESUAIAN PEMIKIRAN KERJAYA

2018
HULU SELANGOR, MALAYSIA 

BUKU MODUL PPK (GURU)

PENYESUAIAN PEMIKIRAN KERJAYA​
DR HJH NUR LIYANA BINTI MOHD IBRAHIM
CETAKAN PERTAMA : 2018​
IMG20180926085916.jpg

DR HJH NUR LIYANA BINTI MOHD IBRAHIM

Modul Penyesuaian Pemikiran Kerjaya Berdasarkan Pendekatan Cognitive Information Processing (MPPK-CIP) merupakan modul bimbingan kerjaya bagi membantu mengenalpasti ketidakfungsian pemikiran kerjaya atau pemikiran kerjaya yang tidak berfungsi dan seterusnya menukar pemikiran kerjaya yang negatif kepada pemikiran kerjaya yang baru dan lebih positif.

Modul ini mengajak ahli kelompok kepada konsep Mencabar-Mengubah-Bertindak dan Mengenalpasti:

 

  1. Jumlah pemikiran kerjaya tidak berfungsi dari aspek kekeliruan membuat keputusan, kebimbangan komitmen dan konflik luaran.

  2. Mencabar pemikiran kerjaya negatif.

  3. Membina pemikiran kerjaya yang baru

  4. Membina Pelan Tindakan bagi mencapai keputusan kerjaya yang dibuat.

 

Asas Teoretikal Pembinaan Modul PPK-CIP

 

Modul PPK-CIP dibina berdasarkan pendekatan Teori (CIP) atau Kognitif Pemprosesan Maklumat (KPM). Teori CIP dibina dari dua konstruk utama iaitu Piramid Pemprosesan Maklumat (kandungan penyelesaian masalah dan membuat keputusan kerjaya) dan Kitaran CASVE (proses semasa penyelesaian masalah dan membuat keputusan).

 

Objektif Umum Modul PPK-CIP

 

  1. Mengetahui ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan mengubahnya kepada pemikiran kerjaya baru yang lebih positif.

  2. Mengetahui proses membuat keputusan kerjaya.

 

Objektif Khusus Modul PPK-CIP

 

  1. Mengenal pasti ketidakfungsian pemikiran kerjaya

  2. Mengenal pasti kandungan penyelesaian masalah kerjaya dan membuat keputusan kerjaya melalui Piramid Pemprosesan Maklumat.

  3. Mengenalpasti proses semasa penyelesaian masalah kerjaya dan membuat keputusan kerjaya melalui Kitaran CASVE.

  4. Mengenal pasti cara mencabar ketidakfungsian pemikiran kerjaya.

  5. Menyenaraikan pemikiran kerjaya yang baru.

  6. Mengetahui Resepi Membuat Keputusan bagi meningkatkan kemahiran membuat keputusan kerjaya.

  7. Membina Pelan Tindakan bagi mencapai matlamat keputusan kerjaya yang dibuat.

The Conference

BUKU MODUL EDISI PELAJAR 

MEMBANTU MENGURANGKAN KETIDAKFUNGSIAN PEMIKIRAN KERJAYA ANDA
gambar cover pamplet-min.jpg

Modul Penyesuaian Pemikiran Kerjaya (PPK)  dibina berasaskan Teori Cognitive Information Processing (CIP). Modul PPK merupakan modul bimbingan kerjaya  yang membantu mengenalpasti ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan seterusnya menukar pemikiran kerjaya yang negatif  kepada pemikiran kerjaya yang baru dan lebih positif. Modul ini mengajar  individu kepada konsep  Mengenalpasti – Mencabar -Mengubah – Bertindak. Individu dapat mengetahui  jumlah pemikiran kerjaya tidak berfungsi dari aspek kekeliruan membuat keputusan, kebimbangan komitmen dan konflik luaran, mencabar pemikiran kerjaya negatif, membina  pemikiran kerjaya yang baru dan membina Pelan Tindakan bagi mencapai  keputusan kerjaya yang dibuat.

 

Asas Teoretikal Pembinaan Modul PPK

Modul PPK dibina berdasarkan pendekatan  Teori Cognitive Information Processing (CIP). atau Kognitif Pemprosesan Maklumat (KPM). Teori CIP dibina dari dua konstruk utama iaitu Piramid  Pemprosesan Maklumat (kandungan penyelesaian masalah dan membuat keputusan kerjaya) dan Kitaran CASVE (proses semasa penyelesaian masalah dan membuat keputusan).

 

Objektif Umum  Modul PPK

Mengetahui   ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan mengubahnya kepada  pemikiran kerjaya baru yang lebih positif.

Mengetahui proses membuat keputusan kerjaya.

 

Objektif Khusus Modul  PPK

Mengenal pasti ketidakfungsian pemikiran kerjaya

Mengenal pasti kandungan  penyelesaian masalah kerjaya dan membuat keputusan kerjaya melalui Piramid Pemprosesan Maklumat.

Mengenalpasti proses  semasa penyelesaian masalah kerjaya dan membuat keputusan kerjaya  melalui Kitaran CASVE.

Mengenal pasti cara mencabar ketidakfungsian pemikiran kerjaya.

Menyenaraikan  pemikiran kerjaya yang baru.

Mengetahui Resepi Membuat Keputusan bagi meningkatkan kemahiran membuat keputusan kerjaya.

Membina Pelan Tindakan bagi mencapai  matlamat keputusan kerjaya yang dibuat.

 

PENGENALAN TEORI COGNITIVE INFORMATION  PROCESSING (CIP)

 Menurut Sampson et al, (1996) Ketidakfungsian Pemikiran Kerjaya (KPK)  muncul dalam salah faham negatif seseorang, andaian-andaian yang  merugikan diri sendiri, merugikan tingkah laku diri sendiri, unsur-unsur  mitos atau dongeng sendiri, peraturan diri sendiri , kenyataan-kenyataan  yang  merugikan diri sendiri, jangkaan atau ramalan  diri sendiri yang tidak rasional, pemikiran atau kognitif sendiri  yang tidak berfungsi, atau kepercayaan  yang  tidak berfungsi.

 

Sampson et al. (2004) menyarankan bahawa dengan mengurangkan ketidakfungsian pemikiran kerjaya, klien  akan dapat memproses maklumat secara lebih berkesan  yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah kerjaya dan  dapat membuat keputusan. Individu menjadi lebih cekap untuk  mencabar pemikiran kerjaya tidak berfungsi mereka. Mereka juga besar kemungkinan akan berfikir dengan lebih kreatif,  dan memikirkan tentang realiti atau keadaan sebenar kerjaya pilihan mereka.

About
Participants

0

Topics

0

Sessions

0

Speakers

1

Speakers

SOAL SELIDIK IPK

EDISI GURU 

IMG20180926100647.jpg
IPK 2.jpg

EDISI PELAJAR 

IPK soalan 1.png
IPK soalan 2.png
IPK soalan 3.png
IPK soalan 4.png
IPK soalan 5.png

INTERPRETASI IPK

EDISI GURU

INTERPRETASI IPK STUDENTS.jpg

EDISI PELAJAR

IPK INTERPRETATION.png

CONTOH PENGIRAAN

kiraan IPK students 2.png
kiraan IPK students 3.png
kiraan IPK students 4.png
IPK soalan 6.png
IPK soalan 7.png

SOAL SELIDIK SVS

EDISI GURU 

EDISI PELAJAR

SVS GURU.jpg
SVS 1.png
SVS 3.png
SVS 2.png
SVS 4.png

INTERPRETASI SVS

CONTOH PENGIRAAN

SVS INTERPRETASI.png
SVS KIRAAN CTH.png
Past Events

Program Bimbingan Kerjaya 

Subcribes

RSVP

RSVP for our next event. See you soon!

Subscribe to get news on all upcoming events

bottom of page